Dalam rumah tangga, kata-kata pujian kepada pasangan merupakan salah satu pengikat kasih sayang yang perlu suami isteri amalkan. Apa yang penting, pujian untuk pasangan itu haruslah diluahkan secara ikhlas.
Bukan hanya isteri sahaja yang suka dengan pujian, suami juga perlukan pujian manja dan ikhlas daripada isteri tercinta. Walaupun kebiasaannya lelaki kurang menzahirkan perasaan gembira apabila dipuji, namun percayalah jika anda ungkapkan kata-kata pujian boleh membuatkan suami rasa dihargai.
Ok isteri, jadikan pujian-pujian ini sebagai amalan anda dan perhatikan reaksinya!
1. Tunjukkan rasa teruja anda dengan penampilannya
Seperti pakaian dan rambut, lelaki tidak akan pernah menjadi sebimbang orang perempuan, namun dia masih mengambil berat tentang penampilan luarannya. Tiada insan lain yang lebih jujur dalam memberikan pendapat tentang penampilannya selain isterinya sendiri.
Ads
Sesekali tunjukkan rasa kagum anda tentang penampilannya dan katakan yang anda nampak suami segak dengan pakaian dan gaya rambutnya yang sebegitu. Jangan lupa berikan pandangan menggoda saat anda memujinya seolah-olah pandangan ‘jatuh cinta pandang pertama’. Selain suami rasa terharu dan berbesar hati, pasti suami juga cenderung untuk memberikan anda pujian!
2. Katakan yang anda suka dengan bau suami yang segar
Wanita umumnya gemarkan bau yang segar dan harum. Beri dorongan kepada suami agar suami kekal segar dan harum dengan memberikan pujian ikhlas tatkala suami selesai mandi dan mengenakan haruman kegemarannya. Secara tidak langsung, suami akan terdorong dalam usahanya untuk meneruskan penampilan diri yang sentiasa harum sekali gus meningkatkan keyakinan dirinya.
Ads
3. Puji gaya potongan rambut terbaharunya
Tidak seperti anda, suami anda mungkin tidak pernah menghabiskan banyak masa dan wang untuk penampilan rambut. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna yang suami tidak berusaha untuk menjaga penampilan rambutnya.
Walaupun mungkin suami jarang bertanyakan kepada anda soalan, “Okay tak rambut abang?” selepas dia keluar dari kedai gunting rambut, namun sebenarnya kaum lelaki memang inginkan komen positif daripada wanita lebih-lebih lagi isterinya. Yakinkan suami yang rambutnya kelihatan elok dan menawah, malah gaya rambutnya itu kena dengan dirinya.
Ads
4. Katakan yang pandangan suami bernas
Sewaktu zaman kanak-kanak, ini adalah pujian terbaik yang seringkali diterima namun ia semakin hilang seiring dengan usia. Jika suami anda mengatakan sesuatu yang intelektual atau bijak, berikan pujian di atas hujahan suami yang bijak itu. Ia adalah satu pujian yang jarang didengari dan boleh membuatkan suami rasa bangga dengan pandangannya.
5. Beritahu suami yang anda selesa dan selamat dengannya
Suami pasti merasakan bahawa dirinya penting apabila dia mengetahui anda selamat apabila berada bersamanya. Zahirkan perasaan selamat dan rasa dilindungi apabila anda berada di sampingnya. Ini juga akan membuatkan suami rasa dirinya maskulin, gagah dan lebih yakin.
Cuba ini:Minta suami bukakan penutup balang untuk anda dan ucapkan terima kasih dengan menepuk bicepnya sambil anda memuji betapa kuatnya dia. Pasti suami rasa kuat dan seksi dalam masa yang sama!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman kian berubah dengan perubahan teknologi yang semakin pesat membangun. Zaman digital yang membawa satu landasan yang lebih maju dan moden ke arah wawasan yang lebih cemerlang. Segala kehendak, kemudahan dan keperluan hanya di hujung jari.
Jadi tak hairanlah, ada pasangan yang bertemu jodoh dan pasangan melalui media sosial. Hubungan alam maya ini mampu memupuk nilai cinta seterusnya membawa ke alam perkahwinan. Ramai pasangan mula berkenalan dan seterusnya mendirikan rumah tangga yang hanya berhubungan melalui teknologi ini.
Jom kita kupas mengenai isu menarik ini!
Menurut kajian yang dibuat oleh sebuah laman web 3-dagang PIXmania, ia menunjukkan golongan muda kini bergantung pada laman media sosial untuk mencari pasangan dan jodoh. Media sosial dianggap sebagai landasan ataupun platform untuk sesi perkenalan dan seterusnya membawa hubungan ke peringkat seterusnya.
Dengan adanya aplikasi seperti Instagram, Facebook, Beetalk, snapchat dan wechat, langkah untuk berkenalan dan saling berhubung menjadi lebih luas dan terbuka.
Kajian juga menunjukkan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun mengambil masa lebih dua bulan untuk jatuh cinta. Ini mungkin kerana faktor usia itu sendiri yang membataskan mereka untuk lebih cenderung kepada media sosial. Lazimya mereka yang berusia, lebih memilih cara lama atau cara terdahulu untuk bercinta seperti dating di taman bunga.
Untuk mereka yang berumur 25 tahun dan ke bawah, kebiasaanya mereka hanya memerlukan kurang daripada sebulan untuk mencari pasangan dan memikat si dia.
Dengan teknologi dan kecanggihan zaman IT yang sedia ada, proses untuk mengenali dan memikat si dia menjadi lebih mudah. Aplikasi-aplikasi popular di laman sosial juga membantu kepada proses ini sekali gus menjadikan ia satu trend di abad ini.
Para penyelidik mendedahkan bahawa mereka yang memerlukan purata 163 pesanan teks, 224 tweet, 70 mesej Facebook, 37 e-mel dan 30 panggilan telefon untuk jatuh cinta antara satu sama lain.
Kajian ini membuktikan media sosial menjadi penyumbang utama kepada perkara ini.
Namun begitu, penemuan menarik yang didapati dari kajian ini ialah lelaki yang kerap menghantar mesej pada pasangan dianggap tidak bahagia dalam perhubungan. Sesetengah lelaki beranggapan dengan kurangnya komunikasi antara satu sama lain boleh mengeratkan lagu sesebuah perhubungan. Ini kerana lelaki lebih sukakan cabaran dan memerlukan sedikit ruang dalan hubungan percintaan.
Bagi wanita pula, mereka beranggapan menghantar mesej dengan kerap akan membuatkan hubungan cinta lebih mendalam dan menjadikan ikatan lebih baik. Lumrah seorang wanita untuk menjaga hubungan dengan baik dalam percintaan. Tidak hairanlah mereka kerap menghantar mesej dan sedaya upaya untuk membawa hubungan tersebut ke fasa seterusnya.
Sumber: Era & Her World
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Idea untuk mewujudkan meja pemanis mulut ini sebenarnya mampu menjadikan majlis lebih meriah, apatah lagi jika dipenuhi dengan pelbagai makanan yang membangkitkan selera. Bukan hanya majlis sambutan ulang tahun, anda juga boleh mengadakan meja pemanis mulut untuk majlis perkahwinan. Pilih satu tema yang menarik agar semua hidangan yang bersesuaian boleh anda wujudkan contohnya pilihan tartlet, macaroon, kek dan manisan yang lain. Pastikan penggunaan warna dan motif yang ditampilkan di meja pemanis mulut bertepatan dengan tema majlis perkahwinan anda. Selain itu pilihan pinggan, dekorasi, alas meja juga backdrop turut melengkapi tema yang dipilih. Oleh itu jom lihat inspirasi meja pemanis mulut yang bakal pengantin boleh cetuskan di majlis perkahwinan anda nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan masalah cemburu sering menjadi perbalahan utama dalam krisis rumah tangga. Walaupun kata orang cemburu tandanya sayang, tetapi jika sikap itu berlebihan boleh mengundang pergaduhan.
Sebenarnya masalah cemburu ini boleh diatasi agar rumah tangga yang dibina sentiasa hangat dan penuh dengan kasih sayang.
Ikuti beberapa tip untuk mengatasi masalah cemburu di kalangan pasangan.
Percaya Pada Si Dia Kepercayaan anda buat si dia amatlah penting. Cubalah percaya dengan percakapan si dia. Bukan semua yang diucapkan itu ialah kebohongan semata-mata. Kadangkala setiap pasangan ini lebih memilih berbohong daripada menyakiti hati pasangannya. Kepercayaan yang anda berikan boleh menarik si dia untuk lebih sayang dengan anda.
Tolenrasi Sikap toleransi perlu ada untuk kedua-dua pasangan. Jangan sesekali anda menyekat tingkah laku pasangan. Tidak semestinya keluar bersama-sama dengan kawan yang tidak sama jantina itu boleh mengundang kecurangan terhadap anda. Cuba anda bertanya dengan santai dengan siapa dia mahu keluar dan kenapa. Cukup hanya itu bukannya dengan memarahi si dia.
Berhenti Berimaginasi Pengaruh imaginasi kadangkala boleh meruntuhkan rumah tangga anda dengan mudah. Jika anda mempunyai imaginasi yang negatif tentang pasangan, lebih baik anda hentikan. Jika pengaruh imaginasi itu mengatasi rasa sayang dan cinta anda buat si dia maka anda sedang melukai hatinya.
Lakukan Terapi Jika segala cara untuk menghilangkan sifat cemburu itu telah dibuat. Anda boleh mencuba dengan meminta bantuan pakar tentang masalah dalam diri anda itu. Cemburu boleh diibarat seperti perasa dalam makanan. Terlebih perasa juga boleh menghilangkan selera seseorang untuk memakan. Begitu juga dengan cemburu, cemburu tandanya sayang tetapi perlu kena pada tempat dan masanya.
Jangan Membanding-Bandingkan Kadangkala sifat membanding-bandingkan diri boleh mengakibatkan anda merasa cemburu. Apatah lagi tatkala si dia bergurau senda bersama-sama dengan kawan yang berlainan jantina. Percayalah bahawa anda punya kelebihan tersendiri berbanding orang lain.
Sepatutnya cemburu yang ada pada lelaki apabila: 1. Cantik – membiarkan kecantikan dan tubuh badan isteri dan anak perempuan dinikmati oleh lelaki lain sepanjang berada di luar rumah contoh di pejabat.
2. Balik kerja lewat- membiarkan isteri dan anak perempuan balik lewat dari pejabat yang secara tak langsung membuka lebih banyak ruang ke arah maksiat seperti pulang bekerja dengan lelaki lain.
3. Aurat – membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasa oleh orang lain yang bukan mahram seperti terselak kain ketika membonceng motosikal.
4. Berdua-duaan- membiarkan isteri dan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram seperti membiarkan anak perempuan dengan tunang atau pasangannya.
5. Sakit puan- membiarkan doktor lelaki merawatnya padahal banyak lagi klinik atau hospital yang memiliki doktor wanita kecuali jika terdesak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!