Rezeki Suami Isteri Susah Masuk, Rupanya Sebab Bilik Air Kotor Nauzubillah

Share

BILIK AIR PUNCA REZEKI TERHALANG

Hari ini saya dapat satu perkongsian dan ilmu yang sangat-sangat berguna.

PERTAMA

Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi tengok kat BILIK AIR (TANDAS) DALAM rumah anda. Mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah – korang termasuk dalam zon selamat.

KEDUA

Tolong baca sampai habis kenapa BILIK AIR PUNCA REZEKI TERSEKAT.

Dalam Islam memang kita tahu bahawa Bilik Air adalah tempat tinggal SHAITON & JIN. Malah disitu jugalah meraka beranak-pinak.

Tadi anda dah tengok bilik air anda kan? Adakah bilik air anda ada ciri-ciri seperti dibawah?

tandas kotor
Adakah bilik air anda bersih seperti ini?
☑️ Lantai & Mangkok Tandas Kotor Kekuningan?
☑️ Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau, hitam?
☑️ Sinki dalam bilik air berkerak?
☑️ Bau bilik air anda setaraf tandas awam?
☑️ PINTU BILIK AIR SENTIASA TERBUKA?

Bila bilik air kotor, Shaiton & Jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan.

Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya Shaiton & Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.

Bilik Air Kotor Jadikan Rezeki Payah Masuk
Maka dari situ punca REZEKI KITA TERSEKAT!
MACAM MANA?

☑️ Syaiton dan Jin akan meruntuhkan KASIH SAYANG yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. ANAK JADI BIADAP, ISTERI HILANG HORMAT PADA SUAMI, SUAMI PEMALAS!

☑️ SIFAT-SIFAT NEGATIF – akan banyak dalam diri kita contohnya – IRI HATI, CEPAT SENTAP, RASA DIRI SELALU BETUL ORANG LAIN SALAH, SOMBONG, BONGKAK, LUPA ALLAH (Tak solat, puasa dan berzakat).

☑️ BILA KITA MELAKUKAN SESUATU PERNIAGAAN, EMOSI KITA HARUSLAH STABIL. Bila emosi tak stabil, mental lemah & sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga?

☑️ BERMULA HARI INI – KENA RAJIN BASUH BILIK AIR.

Dalil berkaitan TANDAS tempat tinggal JIN.

Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh karena itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah: Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Kredit :  Siti Nadiah

IKLAN