Pengumpulan lemak yang banyak di bahagian abdomen memberikan kesan ke atas hormon estrogen, seterusnya meningkatkan risiko barah rahim dalam kalangan wanita. Jadi sebagai wanita, terutama isteri anda jagalah kesihatan diri sebaiknya. Jaga pemakanan walaupun suami tidak memberikan sebarang amaran dan tanda-tanda kisah dengan saiz badan yang semakin berubah. Namun silalah sensitif dengan persekitaran dan kembali hidup sihat walaupun kini sudah bergelar isteri.
Perut besar, boroi
Peningkatan hormon estrogen menyebabkan pendarahan lebih banyak selain menyebabkan dinding selaput rahim menjadi tebal. Lemak pada abdomen sebenarnya terdapat di dalam kawasan omentum yang mengikat usus menjadikan perut kelihatan besar atau boroi.
Dalam keadaan itu, lemak juga boleh berkumpul di bahagian bawah kulit akibat corak pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam.
Justeru, individu khususnya wanita yang berusia 40 tahun ke atas sepatutnya mengubah suai corak pemakanan dan gaya hidup lebih sihat. Kurangkan pengambilan karbohidrat, gula, lemak dan makanan bergoreng tetapi lebihkan sayur serta buah-buahan.
Ini kerana apabila usia meningkat, kadar metabolisme atau pembakaran makanan menurun dan sekiranya tidak bersenam, makanan akan disimpan dalam bentuk lemak.
gambar sekadar hiasan
Senaman tiga kali seminggu
Kaedah paling berkesan menghapuskan lemak adalah dengan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30 minit. Bersenam dapat mengekalkan jisim otot dan kadar metabolisme juga tidak akan menurun.
Individu yang makan secara biasa tetapi tidak bersenam secara semula jadi akan mengalami peningkatan lemak sebanyak 0.8 kilogram (kg) setiap tahun.Peningkatan lemak bermakna ukur lilit pada pinggang juga akan meningkat.
Kaedah sebenar mengukur lemak dan otot adalah dengan menggunakan sejenis alat khas yang mengukur peratus air, lemak dan otot di dalam badan.
Ads
Otot sokong tulang lebih fleksibel
Bagaimanapun, saiz tubuh bukan penentu sebenar jumlah lemak kerana ada yang bertubuh besar tetapi mempunyai jisim otot yang banyak.
Sebaliknya tubuh padat juga tidak semestinya banyak jisim otot tetapi mempunyai banyak lemak. Otot yang banyak boleh meningkatkan kadar metabolisme dan tidak hairan mengapa individu yang bersenam boleh makan banyak kerana tenaga yang diperoleh tidak disimpan sebagai lemak.
Otot memainkan peranan penting kerana memiliki pelbagai fungsi termasuk menyokong tulang dan menjadikannya lebih fleksibel.
Apabila usia meningkat, otot kita semakin menipis dan jumlahnya boleh ditingkatkan menerusi senaman.
INFO
*Senaman mengurangkan lemak pada abdomen:
– Berlari
– Lompat tali (skipping)
Ads
– Berjalan laju
– Tekan tubi
Punca perut boroi:
– Lemak di dalam abdomen
– Lemak di bawah kulit
– Air di dalam perut (mungkin berkaitan masalah jantung)
– Angin (kembung di dalam usus)
Tip elak makan berlebihan:
Ads
– Ambil nasi dua sudu
– Ikan atau ayam
– Lebihkan sayur
– Buah-buahan
– Makan buah terlebih dulu, diikuti sayur dan ikan.
– Makan nasi yang terakhir sekali.
– Makan satu suap dan kunyah perlahan-lahan
– Nikmati rasa dan fikir mengenai sesuatu makanan yang dimakan.
Mitos hilangkan lemak:
1. Detox (air perahan limau)
– Berat badan turun tetapi hanya bersifat sementara.
– Lemak tidak hilang sebaliknya hanya kehilangan air di dalam badan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Membina sebuah keluarga yang bahagia menjadi tujuan utama dalam sesebuah perkahwinan. Sebuah keluarga diibaratkan sebagai sebuah kapal yang sedang mengharungi lautan. Suami adalah nakhoda yang mengendalikan kapal tersebut, sedangkan isteri adalah anak kapal yang membantu suami sehingga kapal tetap sejahtera.
Semak tip berikut sama ada korang miliki seorang suami yang mithali menurut Islam. Jika belum miliki ciri ini, masih belum terlambat untuk korang membaiki diri menjadi suami yang terpuji.
MEMBINA IMAN DAN TAKWA
Seorang suami yang baik menurut Islam ialah mereka yang selalu taat pada Allah. Imannya yang kuat pada sang Pencipta membuatnya tidak pernah lalai menjalankan kewajipannya sebagai seorang Muslim. Bila suami selalu rajin beribadah, segala urusan peribadi mahupun urusan keluarganya akan dimudahkan oleh Allah.
MENJADI PEMIMPIN KELUARGA
Seperti yang sudah disebutkan sebelumnya bahawa suami adalah seorang nahkoda yang memimpin perjalanan mengharungi lautan agar sampai pada tujuan iaitu keluarga yang sakinah, mawadah, dan wa rahmah. Menurut Islam, kelak di akhirat nanti suami akan dimintai pertanggungjawabkan sebagai seorang pemimpin keluarga. Ia seharusnya boleh membahagiakan isteri dan anak-anaknya. Suami juga perlu boleh membuat keputusan-keputusan yang memerhatikan hak dan kewajipan setiap anggota keluarga.
MEMBERIKAN NAFKAH YANG HALAL
Seorang suami yang baik wajib memberi nafkah kepada keluarganya dengan cara-cara yang halal termasuk memberikan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang layak. Pemberian nafkah perlu sesuai dengan keperluan, tidak berlebihan dan tidak kekurangan.
MEMULIAKAN ISTERI
Dengan memiliki akhlak mulia, suami akan selalu menjaga hubungan baik dengan orang lain mahupun dengan Allah. Memiliki akhlak mulia juga bererti menghindarkan diri dari perbuatan dan perkataan yang kotor. Suami yang berakhlak mulia akan selalu lembut dan baik kepada isterinya.
MENJAGA PENAMPILAN
Menjaga penampilan bererti tampil rapi, bersih dan wangi. Selain itu, seorang suami yang baik juga perlu berpakaian sesuai syariat Islam. Mengapa demikian? Ini kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Bila suami tampil bersih dan berpakaian kemas, tentu akan memberikan kesempurnaan dalam keluarga. Seperti halnya suami yang menginginkan isteri tampil cantik, begitu pula isteri pun ingin agar suami dapat menjaga penampilannya.
MENJAGA AIB KELUARGA
Dalam kehidupan sehari-hari, jarang seseorang terjebak oleh keinginan memperkata kekurangan pasangannya. Seorang suami yang baik menurut Islam tidak boleh mengaibkan keluarga. Keluh kesah mengenai hal-hal buruk isteri justeru menjadi petanda kurang baik bagi keharmonian keluarga. Bukankah sejak awal ketika anda memintanya sebagai isteri, anda sudah siap menerimanya dengan segala kelebihan mahupun kekurangannya? Maka bila suatu kali anda tergoda untuk membicarakan kekurangan isteri, ingat lagi komitmen perkawinan anda.
SELALU MENEPATI JANJI
Karakter inilah yang perlu dimiliki oleh seorang suami Islam yang baik. Ia perlu sentiasa boleh memanfaatkan waktu dengan baik dan menepati janjinya kepada siapa pun. Dalam Islam, waktu amatlah berharga sehingga manusia perlu memanfaatkan lima perkara sebelum lima perkara: muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, senggang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati.
MEMBANTU ISTERI MELAKUKAN KERJA RUMAH
Masih banyak yang faham bahawa pekerjaan rumah tangga biarlah menjadi urusan isteri semata-mata. Padahal untuk menjaga keharmonian keluarga perlukan kerjasama yang baik antara suami dan isteri. Sebagai bentuk kepedulian anda terhadap isteri, bantulah dia mengerjakan kerjaan rumah ketika anda memiliki kesempatan. Dengan begitu, anda telah menjadi seorang suami yang baik di mata isteri.
MENDIDIK ANAK-ANAK DENGAN BAIK
Suami juga berperanan dalam mendidik anak-anak. Suami yang baik ialah yang boleh membuat anak-anaknya mencintai ilmu serta mengamalkannya bagi bangsa, negara dan agamanya. Mendidik keluarga dengan ajaran Islam dan mengajak mereka menjalankan perintah Allah akan menjaga mereka dari api neraka.
MELUANGKAN WAKTU UNTUK ISTERINYA
Tersenyumlah dan peluklah isteri anda sekerap mungkin. Ungkapkan rasa cinta dan terima kasih anda atas semua yang telah istri anda lakukan. Suami yang baik akan selalu meluangkan waktu untuk bersama dan mendengarkan apa yang menjadi permintaan isterinya.
Bagi pasangan pengantin baru, tentunya ingin memiliki rumah sendiri bukan? Diakui agak sukar untuk membuat keputusan membeli rumah kerana ia melibatkan banyak faktor termasuklah bajet. Timbul juga keraguan sama ada ingin membeli rumah yang masih dalam pembinaan atau beli sahaja rumah yang telah siap dibina.
Jika korang masih keliru sama ada ingin beli rumah yang masih dalam pembinaan atau rumah yang telah siap dibina, baca tip seperti yang dikongsi oleh perunding hartanah, Azizul Azli Ahmad
BELAJAR BELI RUMAH DAH SIAP
1. Dalam keadaan ekonomi perlahan begini, bukan kita sahaja terkesan. Pemaju juga banyak yang nipis duit dan terkesan.
2. Tahun lepas sahaja kita ada lebihan hartanah dah siap dan tak terjual , orang Jawa sebut ‘overhang’ sebanyak 30, 358 unit kediaman. Ya 30 ribu lebih rumah dah siap, lebih dari 6 bulan tak ada pembeli.
3. Bukan semua kediaman ini yang mahal, yang bawah RM300k tak terjual berjumlah 7,743 unit belum terjual. Itu semua unit baru. Belum masuk unit subsale dan lelong lagi.
4. Pasaran hartanah selain baru, ada pasaran subsale dan lelong yang boleh kita intai jika nak beli hartanah. Pasaran ini pun menarik, banyak rumah lelong rumah baru siap. Dah siap tak mampu bayar dan terlelong.
5. Dalam keadaan ekonomi 3-5 tahun ke depan ini, saya lebih galakkan pembaca beli kediaman ‘dah siap’ berbanding kediaman yang dalam pembinaan. Penawaran kediaman dalam pembinaan ada lebih 171,000 kediaman sekarang!
6. Semasa krisis ekonomi asia 97-98 lebih dari 500 pemaju gulung tikar waktu itu. Jangan teruja sebab deposit tak payah keluar, dapat rebet hingga kita rugi bertahun bayar rumah tak siap dan ada.
Buat pilihan bijak, saya banyak tulis panduan beli rumah pertama. Moga tahun ini kita sekeluarga ada rumah pertama.
Apa hukum isteri yg memperlekehkan nafkah batin kepada suami?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Isteri sama sekali tidak boleh bersikap sedemikian. Islam menyuruh agar isteri sentiasa taat dan patuh pada arahan suami, menolongnya, dan membantunya selagi mana tidak disuruh berbuat maksiat kepada Allah SWT. Para suamidiarahkan Allah SWT untuk bermu’asyarah (bergaul) dengan baik terhadap isteri seperti mana firman-Nya:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
Surah al-Nisa’, (4:19)
Begitu juga bagi para wanita, Allah mengarahkan mereka bertanggungjawab ke atas keperluan suami mereka:
Maksudnya: “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak);”
Surah al-Baqarah, (2:228)
Bahkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA , Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke perbaringan (melakukan hubungan suami isteri) lalu isterinya itu enggan sehingga suami itu berasa marah kepadanya, malaikat akan melaknati wanita itu sehingga subuh.”
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3237)
Kerasnya ancaman ini menunjukkan betapa pentingnya peranan isteri dalam membantu suami dalam menguruskan naluri seksualnya dan agar tidak terjebak dengan kerosakan akhlak yang tidak diingini seperti zina dan lainnya. Ini juga bererti dalam menunaikan keperluan suami itu dikira ibadah yang diberikan ganjaran oleh Allah SWT.
Justeru, adalah tidak wajar seseorang isteri memperlekehkan keperluan seksual suami, ataupun keperluan lain, tanpa alasan yang kukuh seperti mudarat, kerana itu ialah suatu bentuk maksiat dalam agama dan kezaliman antara sesama manusia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berkait dengan isu kekerasan dalam rumah tangga, penyanyi, Shila Amzah anggap lelaki yang suka memukul wanita tidak akan meninggalkan tabiat itu dengan mudah.