Tip
  • 1.1K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1.1K
    Shares

Bila bercakap fasal kahwin, tentu ramai yang akan terpana sebentar lebih-lebih lagi mereka yang masih bujang dan bersendirian. Setiap manusia pasti ingin hidup berpasangan iaitu dengan mendirikan rumah tangga sekali gus mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan gembira.

Berbicara mengenai perkahwinan, rata-rata wanita ingin cepat mendirikan rumah tangga berbanding kaum lelaki. Ada sebab-sebab tertentu yang mendorong kepada perkara ini.

Ingin tahu apa sebabnya? Jom jita lihat lima sebab mengapa wanita ingin cepat berkahwin dan mendirikan rumah tangga!

1. INGIN MEMILIKI IKATAN YANG SAH

Pasangan yang bercinta pasti saja sering keluar dan menghabiskan masa bersama. Bagi kaum wanita, tanpa ada ikatan yang sah, mereka kadangkala khuatir akan pandangan masyarakat sekeliling termasuk ibu dan bapa mereka. Selain itu, mereka juga ingin menjaga batas pergaulan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Sekiranya sudah memiliki ikatan yang sah iaitu pernikahan, mereka akan berasa lebih terjamin.

2. INGINKAN ZURIAT

Naluri keibuan sukar untuk disangkalkan dalam diri setiap wanita. Mereka yang bergelar wanita pasti ingin mempunyai anak yang dikandung sendiri selama sembilan bulan. Sebab itu, apabila mereka berada dalam sesebuah perhubungan cinta, mereka ingin cepat mengakhiri kisah cinta tersebut dengan perkahwinan. Tidak hairanlah wanita ingin mendirikan rumah tangga dengan cepat!

3. FAKTOR UMUR

Untuk sesetengah wanita, umur mempengaruhi untuk mereka segera mengakhiri zaman bujang. Mereka khuatir digelar sebagai anak dara tua. Stigma tersebut lahir dan menghantui mereka dari orang tua bahkan daripada kawan-kawanya sendiri. Sedar ataupun tidak, ramai wanita yang mendirikan rumah tangga di usia yang masih muda.

4. MELAKSANAKAN PERINTAH AGAMA

Perkahwinan atau pernikahan dalam Islam adalah suatu perkara yang sangat dituntut. Inilah yang menjadi sebab wanita ingin cepat mendirikan rumah tangga. Ia merupakan detik dan momen yang ditunggu-tunggu oleh setiap wanita di mana mereka ingin menjadi seorang wanita yang sah secara agama dan hukum untuk lelaki yang dicintainya.

5. MELIHAT KAWAN-KAWAN YANG SUDAH BERKAHWIN

Mungkin ini alasan yang wajar kerana setiap orang memiliki rasa ingin dicintai dan disayangi. Ya, ketika kawan-kawan rapat semuanya telah mendirikan rumah tangga, tentu sahaja mereka juga ingin mengikut jejak langkah kawan-kawannya. Oleh sebab itulah wanita akhirnya memutuskan untuk mendirikan rumah tangga lebih cepat. Namun diingatkan, jangan terlalu terburu-buru. Pilihlah calon yang sesuai dan sempurna buat anda bagi menjamin keharmonian rumah tangga.

6. DESAKAN KELUARGA

Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik buat anak perempuan mereka. Setiap kali pulang ke kampung, soalan mengenai kahwin sering diajukan. Wanita yang mengutamakan keluarga sukar untuk menepis kehendak ibu bapanya. Atas sebab itulah, wanita ingin cepat mendirikan rumah tangga di samping ingin melihat kedua orang tuanya tersenyum gembira.

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: