Setiap wanita pastinya menginginkan pasangan yang matang dalam semua perkara. Namun, pernahkah anda terfikir bila sebenarnya lelaki akan menjadi seorang yang matang? Ada sesetengah lelaki akan matang bila umur mereka mencecah 15 atau 16 tahun, malah ada juga lelaki yang tidak pernah matang walaupun mereka telah mencecah umur 30-an.
Lelaki yang matang mempunyai karakter dan emosi tersendiri berbanding lelaki yang tidak matang. Berikut dikongsikan lapan karakter dan ciri-ciri yang membezakan mereka. Percayalah umur tiada kena-mengena dengan faktor kematangan seseorang!
1. DIA TIDAK AKAN GANGGU RUANG PERIBADI ANDA
Jika anda mempunyai hubungan yang baik bersama rakan-rakan yang lain, dia akan faham dan menghormati nilai persahabatan anda itu. Dia juga tidak akan cuba untuk meminta telefon anda untuk menyiasat dengan siapa anda berkawan. Jika dia berbuat demikian, ini menunjukkan yang dia seorang yang ragu-ragu terhadap anda dan tidak menghormati anda.
2. TIDAK MENGKRITIK PENAMPILAN ANDA
“Kenapa pakai tudung macam ni?”, “Sayang, kalau boleh I suka tengok you slim sikit”
Seorang lelaki yang anda cintai tidak akan bercakap tentang penampilan anda dengan cara begitu. Dia patutnya menjaga maruah dan aib anda dengan menegur anda secara berhemah. Seorang lelaki yang matang tidak akan memalukan diri anda semata-mata untuk memuaskan dirinya sendiri.
3. TIDAK AKAN LARI DARI MASALAH
Dulu ketika masih remaja, apabila hadapi masalah, salah satu cara untuk kita selesaikannya adalah dengan lari daripadanya. Seorang lelaki yang matang tahu cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. Tidak kiralah sama ada masalah peribadi, keluarga mahupun masalah kerja, dia tidak akan lari daripadanya. Namun, ini tidak bermakna dia suka mencari masalah untuk diselesaikan. Dia tahu bila dia perlu menyelesaikan masalah dan bila perlu dia melarikan daripada menimbulkan masalah.
4. TIDAK BERFIKIRAN CETEK
Sesetengah lelaki dengan mudahnya akan membelanjakan duit yang ada untuk apa sahaja yang dia suka tanpa memikirkan akibatnya pada masa depan. Mereka yang matang akan berfikiran jauh dalam setiap tindakan yang dia lakukan. Bagaimanapun, ini tidak bermakna hidup mereka sangat bosan dan tidak spontan.
5. TIDAK MENGANGGAP EMOSI ITU SATU KELEMAHAN
Seorang lelak yang matang tidak bermakna dia seorang yang sentiasa bersabar atau seorang yang tabah dalam segalanya. Dia tidak takut untuk menerima sebarang kritikan apabila dia menunjukkan sudut dirinya yang lemah lembut dan romantik terhadap seseorang yang dicintainya. Dia tahu dengan berbuat demikian tidak menjejaskan sedikit pun reputasi terhadap dirinya, malah dia tahu dengan berbuat demikian akan menguatkan lagi hubungan dengan pasangan.
6. TIDAK AKAN BUAT ANDA RASA TERABAI DI SAMPING RAKAN-RAKANNYA
Setiap lelaki juga perlukan ruang untuk mereka meluang masa bersama rakannya. Namun, lelaki yang bijak tidak akan mengabaikan wanitanya demi rakan yang lain. Lelaki yang sentiasa mendengar kata-kata daripada rakannya berbanding menerima kata daripada wanita idamannya mungkin mempunyai masalah psikologi. Ini kerana, mereka yang berbuat demikian menunjukkan sikap terlalu kebudak-budakan dan tidak matang.
7. MENGHORMATI DAN TIDAK AKAN SENTUH ANDA
Ini bukan sahaja penderaan fizikal tetapi juga psikologi anda. Jika dia pernah melakukan apa-apa jenis keganasan terhadap anda, berhentilah beralasan yang dia adalah satu-satu lelaki yang anda nantikan. Dia tidak akan berubah kerana lelaki yang matang tidak akan melakukan keganasan terhadap anda tidak kira sejauh mana tahap kemarahannya.
Namun, cara seorang lelaki melayan wanitanya tidak hanya bergantung pada personaliti dirinya tetapi juga mengambil kira tingkah laku wanita itu sendiri. Hubungan yang baik memerlukan kerjasama daripada kedua-dua belah pihak. Pihak wanita juga perlu mengelakkan kesilapan tertentu untuk hidup bahagia bersama pasangannya.
8. SANGAT AKRAB DENGAN IBUNYA
Lelaki yang matang akan sentiasa meluangkan masa untuk kedua-dua insan yang tersayang iaitu ibu bapanya. Dia tahu dengan menjaga orang yang pernah menjaga dia ketika kecil dahulu adalah sangat penting. Itulah satu cara baginya untuk menunjukkan penghargaan kepada mereka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI