Sering kali kedengaran wanita mengeluh kerana kitaran haid yang tidak tetap setiap bulan. Malah ada yang mengalaminya hanya setiap dua atau tiga bulan sekali menyebabkan mereka sukar untuk menentukan tahap kesihatan tubuh badan secara fizikal serta mengetahui waktu yang subur jika ingin mengelak atau mendapatkan zuriat.
Apakah maksud kitaran haid? Ia merangkumi tiga perkara iaitu:
Kitaran berkala
Pengovulan
Haid
Kitaran haid ialah kitaran bulanan berkala yang melibatkan pengovulan dan haid. Pengovulan pula merujuk kepada proses telur yang matang dibebaskan daripada ovari wanita. Manakala haid pula terjadi apabila telur tidak disenyawakan oleh sperma lalu ia mati dan berdarah serta dikeluarkan daripada dinding uterus melalui faraj.
Kitaran haid yang normal bermula dari hari pertama haid sehingga kitaran haid yang akan datang berlaku dalam jangka masa antara 21 hingga 35 hari dan tempoh haid pula ialah sekitar 2-7 hari.
Corak kitaran haid akan dapat menentukan kesihatan wanita, potensi pembiakan dan gejala penyakit organik jika seseorang wanita mengalaminya seperti kanser pangkal rahim, rahim, polip, fibroid dan sebagainya.
Seseorang wanita yang mengetahui kitaran haid dengan baik dan tepat agak mudah untuk mengenali waktu subur wanita jika bercadang untuk hamil. Jika sebaliknya berlaku, mungkin wanita tersebut mengalami beberapa isu kesihatan yang perlu ditangani, selain mengambil langkah-langkah tertentu agar ia tidak menjadi ke tahap yang lebih merbahaya.
Jika kitaran haid tidak berlaku dan ia mengesahkan bahawa tiada unsur kehamilan, ini bermakna bahawa wanita tersebut mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Namun, proses ovulasi masih boleh berlaku cuma kitaran haidnya sahaja yang tidak teratur. Jika wanita tersebut tidak mengalami proses ovulasi tetapi berhasrat untuk hamil, maka sewajarnya dia mendapatkan khidmat pakar perunding atau profesional perubatan.
Secara umumnya terdapat dua perkara yang berlaku semasa proses kitaran haid:
Ads
Proses bermula interaksi daripada otak yang mengeluarkan hormon
Dinding uterus mula menebal dan diperkaya dengan salur darah untuk persediaan penempelan embrio
Sakit dalam kitaran haid
Sakit sebelum haid – darah turun ke bahagian pelvik, perut mungkin rasa seperti sedikit kembung dan tidak selesa. Sakit semasa mentrual – ia bukan petanda yang baik. Darah tidak boleh keluar sepenuhnya dan sesetengah wanita mengalami aliran bertentangan menyebabkan darah terperangkap dalam ovari atau tiub berhampiran kawasan itu. Agak sukar untuk hamil jika ia berlaku dan perlu berjumpa dengan doktor segera.
Jika wanita mengalami sedikit ketidakselesaan dan sakit yang ringan sama ada di sebelah kiri atau kanan sekitar bahagian abdomen dan kesakitan dirasai selama setengah hari atau lebih dan lega kemudiannya, ia bermakna bahawa ovulasi bermula serta masa yang sesuai bagi pasangan untuk bersama. Jika mengalami sakit yang teruk, segera berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mendapatkan rawatan.
Namun jika seseorang wanita itu menghadapi tekanan kerana runsing terhadap sesuatu perkara, otak akan memberi isyarat untuk menghentikan seketika hormon daripada dihasilkan dan proses ovulasi tidak dapat berlaku.
Jika tekanan bukan penyebab utama, doktor akan memeriksa ovari jika wanita tersebut mempunyai masalah kesihatan yang lain kerana ia merupakan organ penting yang mengeluarkan telur setiap bulan kepada wanita.
Ads
Analisa diri sendiri juga boleh dilakukan dengan mengambil bacaan suhu badan. Waktu yang disarankan ialah setiap pagi selepas bangun tidur dan terus mengambil bacaan suhu badan. Jika ada peningkatan sebanyak 0.25 Celsius, ini bermakna proses ovulasi sedang berlaku.
Jika perubahan kitaran pendek dari tempoh mula kitaran yang normal iaitu 21-35 hari, ia masih boleh diterima namun jika ia berlarutan lebih daripada tiga bulan, pemeriksaan lanjut daripada pakar amat disarankan.
Kepada pasangan yang bakal berkahwin dan bercadang untuk hamil dalam masa terdekat namun mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, beberapa rawatan yang boleh dilakukan termasuk:
Pengambilan ubat clomid selama lima hari setiap kitaran, sebanyak 50 peratus daripada wanita akan melalui proses ovulasi dan berjaya hamil
Suntikan
Ads
Permanian berhadas (IUI)
Persenyawaan in vitro (IVF)
Kitaran haid dan hormon yang mempengaruhi emosi wanita.
Contoh jadual kitaran haid, subur serta ovulasi.
Oleh : Dr. Tee Swi Peng,
Perunding Kesuburan
Metro IVF, Klang, Selangor
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Islam mengiktiraf bahawa air yang dibacakan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa yang mathur dari hadis merupakan sebahagian dari kaedah rawatan dalam Islam. Rasulullah SAW sendiri menggunakan air yang didoakan sebagai ikhtiar untuk penyembuhan. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud dalam kitab Sunan Ibnu Majah:
“Ketika Rasulullah sedang sujud dalam solatnya, jari beliau disengat kala jengking. Setelah selesai solat, baginda bersabda: “Semoga Allah melaknat kala jengking yang menganggu nabi atau selainnya.’ Lalu baginda mengambil bekas yang berisi air dan garam. Kemudian beliau meletakkan bahagian tangan yang tersengat kala jengking dalam larutan air dan garam (merendamnya), seraya membaca surat al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, sampai beliau merasa tenang.”
Diriwayatkan dari Ibn Abbas bahawa Nabi SAW pernah memerintahkan agar ditulis beberapa potongan ayat dari Al-Quran pada bekas minuman yang bersih lalu diberi minum dan mandi kepada wanita yang sukar untuk bersalin. Begitu juga dengan kisah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Sahal bin Hanif r.a. yang terkena penyakit pandangan mata (‘ain). Apabila diadukan perkara ini kepada Rasulullah SAW, maka baginda SAW memerintahkan agar sahabat tersebut dimandikan dengan air yang ditadah dari wudu orang yang mengenakan ‘ain itu.
MENJAMPI AIR MENGGUNAKAN AYAT AL-QURAN
Menjampi air menggunakan ayat al-Quran adalah digalakkan. Antara amalan orang-orang alim terdahulu ialah membacakan surah Yasin pada air pada setiap malam Jumaat. Ini kerana Al-Quran mengandungi keberkatan, dan keberkatannya ini meliputi apa sahaja yang berada di sekelilingnya sama ada daripada air atau lain-lain. Maka air tersebut menjadi berkat dengan keberkatan al-Quran, dan dengan keberkatan ini mudah-mudahan ia menjadi penyembuhan dengan izin Allah Yang Maha Esa. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra ayat 82:
”Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran,ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya.”
Cara-cara membuat air penawar.
1. Sebelum mula tentukan diri anda bersih dan berwudhuk.
2. Lelaki atau wanita asalkan bacaannya baik dan betul bacaannya.
3. Sebaiknya lakukan selepas solat asar.
4. Mengadap kiblat kerana selepas solat asar.
5. Air mineral dan buka tudungnya.
Surah-surah yang dibaca.
Sebelum mula, Istighfar 10 kali serta salawat Nabi 10 kali.
Baca Al-Fatihah – 10x.
Baca Ayatul Kursi – 1x.
Baca Surah Al-Ikhlas – 3x.
Baca Surah Al-Falak – 1x.
Baca Surah An Naas – 1x.
Baca Surah Yunus – 11x. (Mula bacaan seperti ditunjukkan).
Zikir "Ya-Naafi" – 100x.
Penutup – Salawat Nabi 10x.
Maksudnya:
Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan.
Simpan ditempat yang tinggi. Jangan dilangkah air penawar itu. Kegunaan air penawar sekiranya ada ahli keluarga yang terkena sihir, dirasuk oleh makhluk halus. Bagi minum dan mandikan. Tuang dan campurkan ke dalam baldi yang sudah ada air mandi. Jika kurang sihat dan demam, minum waktu pagi dan petang. Nak diterangkan kegunaan air penawar untuk berbagai penyakit zahir dan batin, terlalu banyak. Sila tinggalkan komen anda. Segala ilmu ini dihalalkan kepada pembaca.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya sebelum pergi ke tempat kerja rata-rata memiliki jangka hayat lima tahun lebih lama berbanding dengan pasangan yang tidak melakukan rutin ini. Bercium dalam waktu lama boleh membantu sistem peredaran darah kita. Ketika berciuman, detak jantung menjadi semakin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.
2. Bercium adalah sangat baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuatkan seseorang itu berasa lebih dihargai dan tenang. Tapi janganlah sampai nak bercium kat depan orang ramai pulak ye, itu dah over-confident namanya!
3. Bercium mampu membakar kalori (2-3 kalori per minit) dan dapat meningkatkan tahap metabolisme badan. Ada yang mengatakan, bahawa dengan bercium selama tiga kali sehari (minima 20 detik per ciuman) boleh membantu mengurangkan berat badan. Ini merupakan tips yang paling senang untuk diamalkan bagi mereka yang nak cepat kurus.
4. Ciuman cukup sinonim sebagai penghilang stres. Benar! Ciuman yang berlangsung lebih daripada tiga minit dapat membantu kita untuk melawan stress. Ciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangkan perasaan negatif dan sekaligus membuatkan kita berasa lebih bersemangat.
5. Bercium menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi akan menegang dan menjadikan kulit muka menjadi lebih halus. Patut laa ramai orang cakap, pasangan yang baru berkahwin akan kelihatan lebih berseri. So tak lain tak bukan inilah antara sebabnya kan? Untung laaa
6. Ciuman baik untuk jantung. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit jika dibandingkan dengan nafas normal iaitu hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini sangat baik untuk mencegah penyakit paru-paru, menurunkan tekanan darah dan kolesterol berlebihan.
7. Mereka yang sering bercium jarang mendapat masalah sakit perut. Seperti yang kita semua dah belajar masa kat sekolah dulu, perut adalah tempat pengumpulan asid. Air liur pulak bersifat alkali. So kalau asid dan alkali bergabung, neutral lah jadinya kan? Kita sakit perut sebab perut banyak asid. Dengan bercium, kita mampu mengurangkan kadar keasidan dalam perut berikutan air liur yang terhasil kesan daripada aktiviti bercium telah menolong kita untuk tidak sakit perut.
8. Last but not least, bercium juga dapat mengurangkan penyakit gigi. Selama berciuman, tubuh badan kita akan mengeluarkan antibiotik melalui air liur yang bertindak sebagai anestetik untuk menjaga gigi supaya sentiasa berada dalam keadaan baik, mencegah gigi berlubang dan kerosakan gigi. Tapi dengan syarat, dua pasangan yang berciuman harus menjaga kebersihan mulut. Jangan lupa gosok gigi dulu ye. Hahaha!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sahaja tak suka bila gaji dah masuk kan? Tentu ia adalah perkara yang menggembirakan anda kerana dengan gaji lah anda akan melakukan pelbagai benda. Seperti membeli barangan dapur, barangan peribadi, makanan anak, dan sebagainya.
Tetapi ada sesetengah orang yang bila dah dapat gaji mereka rasa seperti ada sahaja tidak cukup. Walhal, sebenarnya ia cukup untuk keperluannya dan keluarga. Kenapa boleh jadi perkara seperti ini? Ini perkara yang anda perlu tahu.
1. Bila terima gaji, jangan lupa mak dan ayah. Perkara pertama adalah beri pada mereka dahulu. Banyak atau sedikit itu tidak penting. Walaupun mak dan ayah anda masih berpendapatan, percayalah Allah akan memudahkan rezeki kita.
2. Masukkan sedikit wang simpanan anda ke dalam bank untuk penyimpanan untuk masa hadapan.
3. Sebagai seorang suami dan ayah, tanggungjawab itu jangan dilupa. Berikan nafkah kepada isteri anda dan juga beli barang-barang keperluan rumah.
4. Isteri kalau anda lihat suami anda tidak cukup duit bantulah serba sedikit apa yang anda mampu untuk keluarga. Jangan tahu berbelanja sahaja.
5. Jangan terlalu kedekut dan terlalu boros. Sesekali raikannya dengan belanja makan keluarga atau kawan-kawan anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!