
Penyanyi pop Miley Cyrus, 33, melangsungkan perkahwinan dengan pemain dram Maxx Morando, 28, pada 21 November 2026 dalam sebuah majlis tertutup di Palm Springs, California. Pasangan itu bertukar ikrar di tepi kolam renang dengan disaksikan keluarga dan sahabat terdekat.
Majlis berlangsung di bekas kediaman penyanyi legenda Frank Sinatra. Wayne Coyne, vokalis kumpulan The Flaming Lips yang pernah bekerjasama dengan Miley, mengendalikan upacara itu. Gerbang yang dihiasi bunga putih dan deretan lilin menjadi latar ketika pasangan itu bertukar ikrar.
Untuk hari bahagianya, pelantun lagu Flowers itu memilih gaun sutera putih Saint Laurent rekaan Anthony Vaccarello. Gaun berlengan panjang itu menampilkan draperi lembut, potongan belakang terbuka dan ekor gaun yang labuh. Miley melengkapkan penampilannya dengan kasut putih berhujung runcing dan rambut yang disanggul longgar.
Maxx turut menyarung persalinan Saint Laurent. Dia memilih tuksedo hitam klasik yang dipadankan dengan kemeja putih, tali leher hitam dan sekuntum bunga putih pada lapel. Antara detik yang dirakam ialah momen Miley tersenyum sambil menyeka air mata ketika Maxx membacakan ikrarnya.
View this post on Instagram
Sehari selepas majlis, Miley berkongsi siri foto hitam putih hasil rakaman jurugambar Jose Villa di Instagram. Dia mengumumkan berita gembira itu dengan kapsyen ringkas, “M + M 🤍 11.21.26”.
Kisah cinta Miley dan Maxx bermula pada 2021 selepas mereka dipertemukan dalam sebuah blind date. Selepas kira-kira empat tahun menjalin hubungan, Miley mengesahkan pertunangannya dengan pemain dram kumpulan rock alternatif Liily itu pada Disember 2025.
Kisah cinta Miley dan Maxx bermula pada 2021 selepas mereka dipertemukan dalam sebuah blind date. Selepas kira-kira empat tahun menjalin hubungan, Miley mengesahkan pertunangannya dengan pemain dram kumpulan Liily itu pada Disember 2025.
Sebelum berkahwin dengan Maxx, Miley pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon popular asal Australia, Liam Hemsworth, pada Disember 2018. Mereka kemudiannya berpisah pada Ogos 2019 dan perceraian mereka telah disahkan pada 22 Februari 2020.
Kredit foto: Instagram Miley Cyrus/ Jose Villa
BACA JUGA: Cecah RM58,000, Busana Powder Blue Dr. Fie Tawfek Rekaan Eja Shahril Sarat Perincian Swarovski

sekarang!
