Perempuan Ni Unik! Ada Hari Dia Ok, Ada Hari Dia Moody. Jadi, Lelaki Kena Faham

Share

Tak semua lelaki memahami perasaan perempuan yang kadang-kadang ok, kadang-kadang moody. Lelaki ni kongsi, apa lelaki kena faham bila bersama dengan seorang makhluk yang namanya perempuan.

Perempuan Unik
******************

Perempuan seringkali dikaitkan dengan makhluk yang penuh complicated. Adakalanya fikiran dorang susah nak difahami.

Perempuan lebih mementingkan relationship ataupun hubungan sesama manusia lebih-lebih lagi dalam soal percintaan dan kasih sayang. Mereka akan menjaga hubungan yang dibina dengan sebaik-baiknya. Perempuan ni antara makhluk yang paling setia dalam sesebuah perhubungan.

.
.

Antaranya,

1. Jika dia WhatsApp kau “dah makan?”, kau jangan jawab “Dah” lepastu tak mesej dan tanya dia balik. Dia nak jawapan yang panjang. Yang boleh buat dia tersenyum sorang-sorang. Mungkin soalan tu sebagai pembuka bicara.

2. Lelaki kalau warna pink, pink lah. Perempuan warna pink ada dusty pink la, light pink,pink fushia dan macam-macam lagilah. Spesifik sangat. Tu la kalau beli tudung, warna pink saja dah dekat 5,6 helai.

3. Soalan”Cantik tak?”, “Okay tak?” atau apa-apa saja soalan yang dia jangka daripada kau, jawab seperti dalam kotak fikiran dia. Kalau dia dah berkenan dengan baju tu, jangan la kau cakap buruk ke apa. Di mata dia cantik, tapi di mata kau nampak macam buruk. Biarkan je.

4. Kalau dia duk tengok baju ke kasut ke tapi lama sangat. Lepastu kau tanya “Nak ke?”, dalam hati dia mesti duk kata “Tak faham saya lagi keeeee”. Jangan macam tu. Kau cakap je, “Kalau nak ambil je. Nanti abang bayarkan”. Tak ke melompat keriangan hati dia tu.

5. Kalau mesej WhatsApp dengan dia, dia taip “Haha”. Kau kena taip “Hahahaha”. Lagi panjang daripada “Haha” dia tu. Kalau boleh letak emoticons ?

. Taip “K” atau “OK” pun tak boleh. Sekurang-kurangnya “Okay Yang”. Kalau datang mood mengamuk dia, tu pun boleh buat gaduh tau.

6. Perempuan perlukan teman untuk meluahkan isi hati dia. Jadi, kau kena jadi pendengar yang baik. Sebab tulah lelaki yang pandai mengayat akan senang buat perempuan jatuh hati.

7. Kalau mesej dengan dia, dia tanya sepatah dan kau jawab sepatah, memang boleh rosakkan mood dia. Cubalah jawab elok-elok sikit. Karang dah merajuk susah pulak nak pujuk. Kau tu bukannya jenis pandai pujuk perempuan.

Bluetick WhatsApp tapi dia nampak kau online, siap la nak kena menjawab nanti. Kahkah.

***

Perempuan akan selalu beremosi dan perlukan tempat untuk meluahkan perasaan. Ada yang sering meluahkan perasaan dekat status FB, Twitter ataupun blog. Salah satu sebabnya, kaulah. Sebab kau tak nak dengar luahan hati dia.

Kadangkala bukan dia nak penyelesaian daripada kau pun. Jadi pendengar yang baik pun sudah cukup bermakna. Dia mesti akan lebih hargai kau.

Ada hari kau tengok dia gembira. Lima minit kemudian dah masam muka. Bila ditanya diam tak berjawab. Ada la tu sesuatu yang dia tak puas hati dengan kau.

Jadi, kau jangan lah marah sebab perempuan ni kan complicated. Akan ada satu hari tu mood dia barai, koyak habis. Tiba-tiba je menangis. Adakalanya dia sendiri pun tak faham apa yang dia nak sebenarnya. Nak jadi penunu bunsen ke, nak makan ke, nak tidur ke. Dia sendiri pun keliru. Kah!

Tag isteri/makwe kau yang complicated. ?

[ASY]

#AmirSyahir

Kredit : Amir Syahir

IKLAN