Ada yang berpendapat wang dan belanja dulang hantaran sebenarnya adalah hadiah kepada pasangan tapi ada juga menyatakan bahawa ia terpulang kepada keikhlasan pihak bakal suami untuk membantu mengurangkan belanja majlis perkahwinan di pihak perempuan.
Namun ada juga yang berpendapat ia penting untuk menjaga status terutamanya jika calon isteri datangnya daripada golongan berada dan berpendidikan tinggi atau bakal suami pula yang berpangkat dan berkedudukan tinggi.
Adakah penting bagi status seseorang sehingga ia boleh mempengaruhi sesuatu perhubungan? Islam sendiri mengalakkan penganutnya berkahwin sekufu yang membawa maksud setaraf. Ia kerana perkahwinan yang sama taraf atau status akan mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kelak.
Hari ini status selalu dikaitkan dengan kaum wanita, seiring dengan peningkatan jumlah wanita yang berpendidikan tinggi, berjawatan besar dan ada yang berpendapatan lebih lumayan dari lelaki. Ini boleh membuatkan lelaki rasa tidak setaraf untuk mendekati mereka apatah lagi memperisterikan wanita yang lebih tinggi darjatnya.
Dalam hal wang hantaran, sebenarnya tak salah meletakkan jumlah hantaran yang tinggi kalau lelaki itu mampu dan tak membebankannya. Teatpi secara kebenarannya ada ramai anak muda pada masa ini menangguhkan majlis kerana tak cukup wang hantaran.
Ads
Tarik diri
Bagaimana nak galakkan pasangan berkahwin kalau wang hantaran ditetapkan begitu tinggi hingga di luar batas kemampuan? Akhirnya perkara yang baik dan dan digalakkan Islam ditangguhkan semata-mata kerana tak mampu menyediakan belanja untuk perkara yang tak perlu sedangak semua orang tahu yang nak berkahwin tu anak-anak, bukan ibu bapa.
Ada juga anak lelaki yang sanggup menarik diri daripada sebuah perkahwinan semata-mata kerana tak mampu menyediakan jumlah hantaran yang diminta. Daripada maruah tercemar, rasa terhina kerana tak mampu menyediakan wang hantaran, maka undur diri adalah lebih baik.
Seharusnya orang tua gembiri dan lega kerana anak mereka akan disunting menjadi isteri dan dapat mengelakkan berlaku perkara-perkara tidak baik seperti maksiat.
Ads
Mangsa Keadaaan
Selalu menjadi mangsa adalah anak gadis. Tak kahwin kerana terpaksa menurut kehendak ibu bapa. Sedangkan dalam hati dah bersedia nak jadi isteri dan ibu.
Dalam situasi begini, anak gadis perlulah berbincang dan berterus terang dengan ibu bapa. Luahkan apa yang tersirat di hati. Lakukan dengan berhemah dan bukan bertujuan untuk melawan. Carilah masa yang sesuai untuk berbincang tentang perkata ini dengan lebih mendalam bersama ibu bapa.
Ads
Ikut trend semasa
Ada juga sesetangah ibu bapa meletakkan wang hantaran yang tinggi kerana ingin mengikut trend semasa. Antara faktornya adalah kos sara hidup yang tinggi, dulu lima tahun lepas kakaknya wang hantaran RM5K, takkan sekarang bila si adik nak ikut harga yang sama? Atau pun faktor ibu bapa yang tak nak kalah ingin melawan sepupu, saudara mara yang lain atau jiran tetangga.
Seperkara lagi, jangan mudah buruk sangka terhadap ibu bapa. Mungkin mereka tersilap dalam hal ini, tetapi niat mereka baik iaitu ingin melihat anak merka bahagia selepas kahwin. Tiada ibu bapa yang ingin menghancurkan hati anak-anak mereka. Kadangkala mereka cuma mahu pastikan calon suami mampu, rajin dan bertanggungjawab.
Sekiranya permintaan mereka tidak munasabah, sebagai anak jalan terbaik adalah dengan berbincang secara lembut dan berhemah. Berilah masa untuk mereka fikirkan kembali keputusan mereka agar dapat memuaskan hati semua orang.
Perkahwinan adalah benteng untuk memelihara maruah dan harga diri. Rumah tangga yang didiami bukan sekadar tempat berlindung, bahkan tempat berehat, membina kasih sayang dan mencari keredhaan Allah. Dan akhir sekali, jangan lupa berdoa serta solat hajat, mohon Allah lembutkan hati ibu bapa dan segala urusan dipermudahkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Andai ditanya bagaimana tahap kewangan keluarga kita pada masa ini, adakah stabil atau sebaliknya? Tentu ada yang sekadar mengagak dan tidak tahu cara mengukurnya yang sebenar.
Diharap melalui perkongsian daripada Amir Syahir ini dapat memberi pencerahan dan sekali gus kita sedar dimana tahap kesihatan kewangan kita.
Jom Semak Tahap Kesihatan Kewangan
Bagaimana tahap kesihatan kewangan korang?Amat baik? Baik? Kurang baik? Ataupun bahaya? Macam mana nak kira? Contohnya si A ada;
Pinjaman Peribadi: RM330
Ansuran kereta: RM560
Gaji bersih: RM1850
Bayaran Balik Pinjaman (Ansuran Bulanan Dengan Bank) / Pendapatan Bersih X 100:
RM330+RM560 / RM1850 X 100= 48.11%
Jadi, si A dalam kedudukan kurang baik. Si A harus berhati-hati jika mahu buat hutang lagi. Si A juga kena pastikan membuat hutang adalah untuk membina aset dan bukannya untuk liabliti lagi. Jadi macam mana dengan korang? Harap tidak dalam keadaan bahaya.
Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:
Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: http://www.hasil.gov.my
Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:
Keserasian dalam sesebuah rumah tangga amat penting agar kalian saling memahami antara satu sama lain. Dengan keserasian ini, anda dan pasangan boleh mencapai kata sepakat dan boleh mengelakkan salah faham. Kedua-duanya perlu memainkan peranan bersama.
Keserasian ini akan memudahkan anda untuk melayari bahtera rumah tangga. Segala ujian dan cabaran dapat dilalui bersama dengan tenang. Pertengkaran pasti akan ada dalam sesebuah rumah tangga tapi anda haruslah bijak dalam mencari penyelesaian terbaik.
Oleh itu, anda amat digalakkan untuk mencari pasangan yang benar-benar serasi dengan anda. Jom kita lihat tanda-tanda anda berdua adalah pasangan yang serasi menurut Ustazah Norbahyah Mahmood.
Rasa Bahagia dan Tenang
Setiap kali bersamanya, anda akan rasa tenang dan seronok. Jika mereka mampu bagi ketenangan pada anda, itu merupakan satu tanda yang kalian sudah serasi.
Rasa Selamat Dengannya
Memang naluri semula jadi manusia untuk berasa selamat dengan orang yang kita sayang. Cuba lihat kembali, adakah anda rasa selamat bila pergi ke mana-mana dengan si dia?
Bertolak Ansur Walaupun Sikap Berbeza
Keserasian itu tidak semestinya semua benda kita suka sama-sama. Keserasian itu apabila pasangan kita boleh bertolak ansur walaupun sikap kita berbeza dengannya. Ada benda yang kita suka, ada benda yang tidak. Jika dia mudah untuk bertolak ansur, itu petanda yang baik.
Susah Senang Bersama
Ini yang paling mencabar. Mampu atau tidak pasangan anda berada di samping anda pada waktu susah anda? Pelbagai cabaran yang bakal ditempuh terutamanya ketika merancang perkahwinan. Jika pasangan anda masih boleh bersabar dan menenangkan hati anda, ia merupakan satu lagi petanda yang baik.
Lebih Dekat Dengan Allah
Bila bersama, masing-masing mula berubah ke arah yang lebih baik. Kalian saling ingat-mengingati antara satu sama lain dan menasihati pasangan jika dia mula lari daripada landasan agama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!